Salam..
Esok merupakan hari terakhir ku di Msia. Pd saat ini, aku sedang menikmati detik2 terakhir tanpa apa2 perasaan. Ya! Bahasa mudahnya, perasaan yg sukar diterjemahkan. =D
Aktiviti lain selain packing (tentunya masih belum bermula.Huhu..) adalah memberitahu shbt2 dan saudara terdekat akan kepulanganku ke Dublin esok. Bukannya tidak boleh bertemu atau berhubung lg selepas ini, tetapi bagi aku lain rasanya apabila sudah pulang ke sana. Terasa jauh dr mereka. Kalu berkirim surat pn mengambil masa 2/3 mggu. Jika berhubung melalui telefon pula, aku sudah bosan dgn ‘lagging’. Lawak yg diungkapkan seminit yg lalu, gelak ketawa nya pula seminit kemudian.
Pagi td, tidak jd menyambung mimpi indahku selepas subuh spt hari2 yg lepas. Mgkin tidurnya sudah tidak selena lebih kurang 2 bulan lebih yg lepas. Makannya juga sudah tidak seselera sewaktu mula2 menjejakkan kaki di lapangan terbang KLIA. Semangat bercuti sudah kendur. Semangat lain pula yg dtg menjengah. Pastinya aku sudah tidak sbr utk melalui hari2 sbg seorang pelajar 2nd year setelah 3 bulan menganggur secara terhormat. Hehe..Tanpa sedar, sudah setahun aku bergelar pelajar Medic. Dan masih berbaki 4 thn lg utk aku bergelar seorang doktor. Moga dipermudahkan. Insya.Allah.
Sesudah subuh, tgn ini ligat mengirim msg. X ketinggalan shbt2 yg menelefon kembali apabila ku khabarkan esok merupakan hari terakhir ku di sini. Terima kasih ye semua. Pasti kalian akan kurindui sepanjang permukimanku di bumi Ireland itu. Semoga ketemu lg 9 bln yg akan dtg. Insya-Allah.
Antara msg2 yg kuterima drpd shbt2. Xdpt nk ‘qoute’ sume. Identiti pengirim juga terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu. Hehe..
A:A doakan kak adah selamat smpai di sana. Semoga akak berjaya dan berbahagia di sana. A doakan akak dilindungi Allah selalu. Gud Luck. =)
B:Isk2, sedihnya..Tp nk wat cmna gi berjihad.
C:Kte doakan semoga selamat smpai n maafkan salah silap selama kte berkawan ni ek. Selamat menyambut ramadhan al-Mubarak in advanced n take a gud care. Kim slm kt sume..
D:Nanti bg la kad raya kalu boleh. Senang2 anta testi yer. Study rajin2, bwk balik kejayaan tuk org2 mesia tau. =)
E:Be a gud medical practitioner.
F:Ko naik bas dgn beg besar ke? Dulu ko tu naik bas pn x reti ek. Skang jauh dh ko gi ek. Dah pndai berdikari. (Msg dr sepupu yg membuatkan aku tergelak besar di pg hari. Masih ingat lg rupanya perangaiku yg tidak reti menaiki pengangkutan awam suatu ketika dahulu. Sudah serik umi, ayah, dan akak sulungku menasihati agar aku menjadi lebih berani. Nampaknya kini segala2nya sudah berubah. Aku sudah pandai menaiki bas walaupun berseorangan. Hehe..)
Majoritinya shbt2 dan keluarga terdekat sedih bila mendengar perkhabaran itu. Terharu pula rasanya bila diri ini dihargai oleh org lain. Aku pula bukannya x sedih. Mgkin lebih tabah utk pulang ke Dublin kali ini. Azam ku adalah utk tidak menitiskan air mata di airport nnti. Nantikan entry utk menceritakan apa yg akan berlaku di KLIA mlm esok. Hehe..Doakan aku slmt smpai di Dublin. Ameen~
Haih
6 months ago
3 comments:
isk2..sedihnya adah dah balik ireland
ape ar odah..naik bas pun x reti..naik ar guna tangga dia..haha
anonymous: laa..awatnya nk sedih..sy masih mampu bernafas menghirup udara ciptaan Ilahi meskipun sudah berada di Ireland..=D
wak: cess..mmg la naik bas guna tangga..aku bukan mcm ko..naik bas, lompat ikut tingkap..muahaha!
Post a Comment