Berpupuk bayu
Menyapa lembut
Menitip perkhabaran indah
Dari tanah bertuah, bumi merdeka itu
Berakhir sudah episod duka
Kelam dan suram
Yang membelenggu
Hanya tinggal memori semalam
Dalam lipatan sejarah
Lembaran baru bukti kasihNya,
Impian setinggi gunung
Harapan seluas lautan
Cita2 yang dipertaruhkan
Bukan lg dongengan
Angin itu bertiup lg
Lembut menampar pipi
Menyedarkan aku
Sesungguhnya,
Janji Tuhan itu pasti
Siti Norsaadah,
Dundrum, Dublin.
11 Mac 2008.
Berakhir sudah pilihan raya di tanah air tercinta 8 Mac yang lalu. Agak terkilan krn tidak dapat turun mengundi bersama2 selautan rakyat Malaysia yang bersatu padu memperjuangkan gelombang perubahan. Alhamdulillah, keputusan yg diperoleh meskipun tidak dijangka tetapi melegakan hati banyak pihak. Ini adalah bukti bahawa yang batil itu tidak selama2nya berada di atas. Namun, jangan pula leka dan alpa dengan kemenangan krn itulah fitrah manusia apabila diberi nikmat kesenangan. Nampaknya, senyuman sy semakin mekar meniti hari2 mendatang. =D
p/s: Undi adalah rahsia.
4 comments:
Salam cik siti
Angin lembut yang 'berbicara', org x berapa nk sedar rasanya. Bila dtg puting beliung, baru la kecoh satu negara. ;)
anonymous: w'slm w.b.t..hmm, btul jugak rasanya kata saudara/i tu..bila angin lmbut bertiup, selesa dan damai sgt kot..itu yg leka jadinya..bila angin puting beliung yg dtg, dh ada kemusnahan..bru la nk bertindak..sdgkan sepatutnya sediakan payung sblum hujan..hehe~
angin berdesup
roket meluncur
menembak jatuh
melayu hancur
roket meluncur
menembak jatuh
melayu mundur
tunduk patuh
menembak jatuh
melayu mundur
bantuan penuh
tidak dihulur
melayu mundur
bantuan penuh
kini terliur
resah berpeluh
bantuan penuh
kini terliur
merenung jauh
nasi sudah jadi bubur
oh negeriku..
rais: wah, berbakat jugak rupanya..tp nk kategorikan sbg ape yer? sajak, puisi, syair? hehe..
Post a Comment