Salam ‘alaik..
Sudah lama rasanya tidak meninggalkan jejak di sini lantaran kesibukan yang begitu menghimpit dan kekangan masa yang tidak putus-putus.
Berbekalkan secawan Nescafe, terhampar di depan mata sehelai kertas kosong utk contengan, notes Cardiovascular Diseases serta pensil yg menjadi teman setia. Mungkin sudah terlalu tepu dengan lambakan nama2 ‘drug’ yg perlu diproses dan dihadamkan, sy mengambil keputusan utk berceloteh di sini pula. =D
Pagi tadi agak berlainan dr pagi2 sebelumnya. Kemalasan begitu menghambat diri utk ke kelas memandangkan hanya satu kelas shj yg perlu dihadiri. Berlengah2 utk bersiap dan jujurnya terlintas juga di hati utk ponteng kelas tersebut. Tambahan pula, masih banyak notes yg belum dibaca utk exam pd hari khamis nnti.
Namun, bejaya melawan hasutan syaitan, digagahkan juga diri utk ke kelas. Sewaktu menolak basikal keluar dr pagar rumah,
“Arghhhh, rantai basikal ni buat hal pulak. Ni yg rasa malas nk ke kelas,”
Masa yang berbaki sebelum kelas bermula hanyalah 10 minit. Bergegas memasang rantai basikal yang tercabut dan mengayuh basikal sekuat hati menuju ke UCD. Kesimpulannya, akibat dari sikap bermalas2 yg berpunca dr diri sndiri, semuanya jd x kena.
Sekembalinya dr kelas, perlahan2 mengayuh basikal lantaran kepenatan yang masih bersisa. Di pertengahan jalan, terdapat sebuah lori kecil yang menghalang perjalanan. Merungut kecil di dalam hati, dan melemparkan pandangan ‘kurang puas hati’ kpd pemandu lori tersebut. Dia tersenyum memandang sy dan memberi laluan pd sy. Wajah yang dimurungkan sejak td mula berubah riak.
Menyusur keluar dr jalan kecil, bertembung pula dengan seorang pemandu wanita yang juga menghalang perjalanan sy. Kereta tersebut diundurkan dan pemandu wanita itu tersenyum sambil mengangkat tangan pd sy. Nah! Senyuman kedua yang sy peroleh pada hari ini. Meskipun pada awalnya, wajah mencuka sy yang dipamerkan.
Perjalanan diteruskan. Tiada lagi kenderaan yang cuba menghalang perjalanan. Tiba2 dari jauh kelihatan seorang warga emas di tempat tinggal sy yang sedang memancutkan air bg membasuh kereta yg terletak di tubir jalan. Saat sy hendak melintas kwsn tmpt parkir kereta tersebut, pakcik itu menghalakan air tersebut ke arah lain dan menghadiahkan senyuman pd sy.
Pointnya di sini mudah. Walaupun sy menzahirkan wajah yang kelat dan masam, masih ada manusia yang sudi menghadiahkan sy dengan senyuman. Senyum itu kan sedekah. Jadi, senyumlah utk menghilangkan rasa gundah gulana di hati. Insya-Allah hari2 yang dilalui akan dirasakan lebih berseri. Seperti serinya kuntuman senyuman itu.
Ok, mulai hari ini sy berazam utk menghadiahkan senyuman pd setiap org yang sy jumpa pd setiap hari. Tetapi bukanlah bermaksud sy perlu tersengih 24 jam seperti kerang busuk. Nanti takut di’cop’ kurang siuman pula. Hehe..Berwasatiah la dalam segala perkara.
Wallahua’lam..
Masa utk memegang pensil semula..=D
Haih
8 months ago
5 comments:
=D utk adsah....
eh adah*
hmm kan bagus.. pagi2 sepatutnya tersenyum. bukan muncung je.
msti bahagia rasanya kan pagi tu. :)
haha..ntah2 org2 tu senyum sbb ade benda yang x kena kat ko kot..contohnya, ko pakai kasut lain sebelah atau pun, beg ko x zip, atau ko pakai baju terbalik..haha
amie: thanks amie..=D utk amie jugak~
fez: haha..baiklah, lps ni kte akan mengurangkan tahap ke'muncungan' di pg hari..ganti dgn senyuman yg menawan..=P
wak: ceh, ko msti sntiasa bersyak wasangka ngan aku..husnu dzon sudaa..ada la tarikan semulajadi yg menyebabkan diorang nk senyum kt aku..haha~
Post a Comment