Salam ‘alaik
Atas permintaan seorang shbt nun jauh di Jordan, tiba2 rasa terpanggil untuk menulis semula di sini.
Rasa kelu lidah untuk berbicara setelah sekian lama menyepi dari alam maya ini, apatah lg setelah hampir berbulan2 meninggalkan blog ini tidak bertuan.
Alhmdulillah, kini sy telah selamat tiba di Malaysia. Beg yg sarat dengan souvenir juga telah berjaya dikosongkan tidak smpai 24 jam ketibaan sy di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Perjalanan selama lebih kurang 12 jam tersebut terasa sedikit kelainannya. Btul la spt kata org, yang pertama itu istimewa, dan sukar dilupakan. Smgt dan debaran untuk menjejakkan kaki di bumi tercinta pada kali kedua ini pastinya tidak sehebat setahun yang lepas.
Meleret2 pula mukaddimah kt atas tu. Hehe.. Sbnrnya tujuan sy kembali menulis di sini adalah untuk berkongsi pengalaman berjaulah di Spain pd 20-28 Mei yang lepas. Antara city yg menjadi pilihan kami berlima (Sy, Intan, Liyana, Ilani, dan Aida) termasuklah Madrid, Toledo, Malaga, Cordoba, Granada, dan Barcelona.
Bercadang untuk memandu pada mulanya memandangkan masa yang sedikit jika dibandingkan tmpt2 yang tersenarai dlm jadual perjalanan kami. Namun, sy terpaksa akur dengan larangan keras drpd ayah dan umi. Alasan mereka, arah pemanduan di situ berbeza dengan Malaysia.
Pengalaman menarik yang ingin dikongsi juga adalah kami survive selama 8 hari di Spain dengan dua buah periuk nasi comel yang dibawa bersama2. Nasi putih berlaukkan ikan sardin dan kadang-kadang sotong merupakan menu yang begitu lazat sekali memandangkan amat sukar untuk menjumpai kedai halal di sana.
Antara tempat yg begitu meninggalkan kesan pd sy adalah Cathedral of Cordoba yang dikenali juga sebagai Mezquita of Cordoba suatu ketika dahulu. Sebelum menjejakkan kaki di situ, antara cerita yang pernah didengari drpd senior adalah, ada antara mereka yang menangis melihatkan patung2 berlatar belakangkan kalimah suci Al-Quran.
Melangkah ke pintu masuk, tiba2 hati sy berasa sebak. Terbayang kn keindahan masjid an-Nabawi memandangkan keluasan ruang dalaman yang hampir sama. Namun, ciri-ciri sebuah cathedral jelas kelihatan dengan adanya ruangan2 berjeriji di setiap sudut menempatkan patung Jesus dll.
Kesan tinggalan yang masih jelas kelihatan adalah Mihrab yang masih mengekalkan ciri-ciri kesenian Islam. Kami juga berjaya menjumpai salah stu arch yang bertulisan jawi yang kemudiannya ditampal dengan arch bru. Rasa marah pn ada, tp terpaksa akur kerana binaan itu bukan lg bergelar sebuah masjid. Minnaret juga telah digantikan dengan menara berloceng sesuai dengan namanya sebagai sebuah cathedral!


Sejak dahulu lg sy teringin untuk menjejakkan kaki di al-Hambra Palace yang jauh terletak di Granada. Perasaan itu meluap2 apatah lagi apabila terpandang gmbr rakan2 di FS. Bangunan yang begitu bersimetri menimbulkan kekaguman sy pd seni bina zaman dahulu. Kehalusan ukiran-ukiran di dinding juga menjadikan kwsn itu bergitu istimewa di mata pengunjung. Subhanallah! Itu sahaja kata yang mampu terlafaz.

Madrid dan Barcelona tidak begitu ketara perbezaannya. Kedua-duanya merupakan bandar besar yang terkenal dengan pasukan bola sepak dari negara Sepanyol itu. Tidak begitu berminat dengan bola, ttp peluang yang ada kami gunakan juga untuk melihat2 kawasan stadium bola sepak kedua2 pasukan bola terkenal itu.
‘Un Sundae Chocolatah’, Dondae Consigna?, Dondae Aseos?, Cuanto esta?, Gracias, Hola, Habla Ingles?, Helados Fresa/ Avallana.. wah2x, walaupun baru beberapa hari di Spain, sy mampu belajar utk bertutur dalam bahasa mereka memandangkan amat ssh untuk berbahasa inggeris dlm urusan seharian. Alangkah baik sekiranya kte juga mencontohi mereka dalam mencintai bahasa ibunda. (Promo utk GKLN. Hehe..)
Oklah, sy rasa, smpai di sini shj coretan sy ttg jaulah di Spain. Secara keseluruhannya, sy beri 4 Bintang. Kurang stu bintang kerana impian sy utk ke Gilbratar tidak tercapai. Gilbratar merupakan sebuah negara naungan British yang terletak lebih kurang 80 km dr Malaga. Namun, kesuntukan masa menghalang kami utk ke situ. Xpe la, mungkin bole pegi utk Honeymoon nnti. =D
Wallahua’lam..
8 comments:
salam.
cheh. g spain x bgtau.
haha.
endang balik pun x bgtau.korg dh hbs sem ke?
lama x dgr crite..nnt balik malaysia jumpa2 nak?
owh..g homestay org asliyg rsc-moscow anjurkan x?
salam. fuh! jauhnya berjalan. patutla lama tak balik 'rumah' ni. rindu kami dibuatnye. ha~ha <--ayat bodek utk dpt souvenir spain. hahaha.
bhs spain tu mmg dikenali sbgi bhs spain ek? ade iras2 french tak? :b
Ok, slmt bercuti di msia, jgn rajin sgt kluar brjalan, harga minyak naik skrg ni. huuu~
Hafiz Fauzi ;D
wahh sampai sekarang odah masih x makan telur! (Kenangan di KISAS menjelma kembali. Kitalah yang menjadi teman setia odah di dewan makan setiap kali lauk telur dihidang. Yeay dapat makan 2 telur! nyum nyum) :p
Seronok la pi Spain.. Banyak gak eh, pemndangan gambar tanpa orang.. Bagus2, cantik.
Yang tinggal hanya bangunan2 dan seni ukir ISlam sj di Spain. Sayang kan... Mudah2an kita tak lupa sejarah Islam di Barat. Bagaimana ISlam bangun dan jatuh di sana. (Muhasabah mode)
amie - w'slm w.b.t..hehe, amie bz je memanjang, tkt mau mengganggu, ditambah lg dengan sign 'no entry' kt sblh tu..=D, yup, dh lama abis sem, peksa ktorang awl, cuti pn awl, sbb tu blk msia awl bebenor..=P jom2, wat reunion kt msia..msti best..oh, x sure lg dpt join x homestay tu..ingat nk jd cikgu cuti ni..insya-Allah..
hafiz - w'slm w.b.t..haha, maaf krn membuatkan peminat blog ni smpai rindu2..=p nk souvenir eh? meh la dtg tuntut kt akak..insya-Allah ada punya..yup, nama bahasa tu spanish..kalu awk slalu tgk cte latin..haa, mcm tu la bhs dia..akak x sure la bhs french cane..tp kwn akak ckp, bhs spanish lg sng..wallahu a'lam..yup, harga minyak dh naik..xleh meronda2 slalu..huhu..
fez - cik fez yg dirindui..aih, hari2 chat pn nk rindu2 lg..haha~ yup, cik fez merupakan 'pencuri' telur dlm mknn sy..haha..xpe2, kte lagi suka bila ada org leh mkn extra..=P ceh, dsbbkan permintaan mu diturutkan la..begitu byk gmbar tmpa wajah2 embun..muahaha~ hmm, muhasabah mode yg menarik..mmg mngisnsafkan bila tgk tinggalan kerajaan islam sepanyol..jauh perjalanan, luas pengalaman..tnggu org jordan nk ke dublin je lps ni..=D
haha odah..aku dah smpai dlu dr ko..ko asal x makan telor? takut kentut busuk? hauhuahua
wak - ceh..apa la ko wak, gi spain x gtau..kalu x, leh aku pow ko souvenir..haha~ aku menjaga kesihatan la..telur byk kolesterol, so xyah mkn lgsg..sng cte..=D
Salam, adah dearie...
jeles2. zaman jln2 ku sudah berlalu... isk2..
rugi tu tak gi gibraltar aka jabal thoriq. sgt2 bes wpn kecik aje. we had such a great experience there. mesti awk jatuh cinta dgn jabal thoriq tu... [edisi menjeleskan adah] =P
nnt next yr pi la maghribi, leh praktis arab, and bole akk kirim souvenir byk2... (nyesal tak beli byk2 haritu!)
serius, rindu nk jln2 ke negara arab. huhu~
okie, babai. salam
w'slm w.b.t kak ika dearie~
oh, bru sy tahu Gibraltar tu dikenali juga dgn nama Jabal Thoriq..hmm, ada kaitan dgn Tariq bin Ziad ke?
uwaa..jeles2..haha, nampaknya usaha kak ika berjaya~ xpe, insya-Allah ada rezki, dpt la sy menjejakkan kaki kt situ suatu ari nnti..
hmm, tatau la dpt pi maghribi ke x, sbbnya xtermasuk dlm travel planning sy..sy xsmpai lg ke istanbul..n teringin jugak nk main salji kt chezch..hehe~
..'teringin mnjadi spt burung merpati yg sntiasa terbang tinggi sblum pulang ke sarangnya'..
p/s: sarang aka PMC..=D
Post a Comment