Salam ‘alaik..
Sudah lama rasanya meninggalkan blog ini sepi lagi tidak bertuan. Coretan terakhir di sini lebih kurang 2-3 mggu yang lepas. Bukannya tidak rindu untuk menulis, ttp kekangan masa menjadi penghalang utama lantaran taklifan yang tidak pernah selesai..
Cukup lah mukaddimah yang meleret2 kt atas tu. Hehe.. Sebenarnya sy terpanggil utk berkongsi kisah yang berlaku pd hari ini.
'Sesungguhnya urusanNya apabila Dia Menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadaNya, “Jadilah!“ Maka jadilah sesuatu itu.’ (36:82)
Seringkali membaca ayat ini pada setiap malam jumaat. Sehinggakan sudah begitu lancar bait-bait kalimah itu meniti di bibir. Namun, tiada siapa yang bole mempertikaikan urusan Allah kerana sbg hambaNya yang lemah, kte tertakluk di bawah qada’ dan qadar yang telah ditetapkan buat kte sejak di Luh Mahfuz lg.
Lebih kurang jam 7.30 ptg tadi, ketika kereta yang dipandu oleh ayah laju meluncur di atas jalan raya menuju ke Melaka. Tiba-tiba, kelihatan sama-samar di hadapan seorang budak lelaki belasan tahun yang sedang berbasikal sedang melintas ke seberang.
Tidak sempat utk menekan brek, kereta yang kami naiki melanggar basikal tersebut. Dan budak itu...? Pastinya perasaan sy berdebar2 ketika itu. Bukannya tidak pernah terlibat dengan kemalangan sebelum ini. Sewaktu masih berada di Sunway, sebuah bas pernah melanggar kereta kancil yang sy naiki seorang diri. Alhamdulillah, sy masih bernafas lg pada hari ini.
Tetapi, perasaan melanggar kenderaan jauh bezanya berbanding melanggar manusia bernyawa. Sy menoleh ke belakang. Melihat gerak geri budak itu yang sudah pun terduduk di atas jalan raya tidak jauh dari basikal yang dia naiki. Dalam hati mengucap syukur kerana dia masih hidup!
Sy dan ayah terus turun dari kereta dan menuju ke tmpt budak tersebut berada. Perasaan marah meluap2 pada mulanya kerana sudah jelas budak itu yang bersalah atas dua faktor. Pertama, dia berbasikal pada waktu hampir gelap dan memakai baju gelap. Kedua, dia melintas tanpa menoleh sedikitpun akan kehadiran kereta kami.
Sewaktu menghampiri budak itu, kelihatan ibu nya marah2 dan menengking budak itu. Mungkin kerana terkejut. Orang kata, apabila ibu bapa marah, tandanya sayang. Ayah sy menenangkan ibu budak tersebut dan meminta maaf. Sy terus menuju ke arah budak itu untuk melihat sekiranya berlaku kecederaan. Berbekalkan ilmu tahun kedua perubatan, manalah tahu sy boleh membantu serba sedikit.
'Adik, meh akak tengok kaki awk tu, tunjuk akak sakit kt bahagian mana?’
Haha..Itulah keprihatinan seorang kakak merangkap bakal doktor. Tp sy gagal untuk mengesan sebarang kecederaan memandangkan keadaan hampir gelap pada waktu itu. Apa yang sy pasti, tiada kesan luka yang kelihatan. Harap-harapnya tidak berlaku pendarahan dalaman memandangkan budak itu telah melakukan aksi ’Superman’ sebentar tadi.
Malas untuk berlengah-lengah, ayah mengambil keputusan untuk menghantar budak itu ke klinik berdekatan. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius yang dikesan. Lebih kurang sejam, segala-galanya selesai. Kami bersyukur sangat kerana kemalangan ini tidak mengorbankan nyawa sesiapa.
Apa yang menarik untuk dikongsi, adalah berkaitan 'instinct' sy. Sejak dari rumah lagi, sy dikejutkan dengan laungan ayah dari luar rumah mengatakan enjin kereta tidak dapat dihidupkan. Terasa pelik jauh di sudut hati, tetapi sy keluar juga untuk membantu apa yang termampu. Setelah mengambil umi dr skolah, sy menurunkan cermin tingkap di bahagian belakang. Entah kenapa, cermin tingkap itu tidak dapat dinaikkan semula. Macam-macam ragam pulak kereta ni. Cuma sy tidak meluahkan kegalauan hati ini pada sesiapa. Kata-kata itu kn merupakan suatu doa~
Tp walau apa pun yang terjadi, sy menganggap semua itu adalah petunjuk daripada Allah dan ujian yang ditimpakan pada kami ini merupakan takdir yg telah ditentukan olehNya. Sedikit sebanyak ujian ini menjadi kifarah dosa2 kami selama ini. Wallahu a'lam..
Salam cuti2 Msia buat semua~ =D
p/s: Jika ada kesempatan, sy akan berkongsi pengalaman suka duka bergelar Teacher Ct..Insya-Allah..
Haih
8 months ago
0 comments:
Post a Comment