CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 3 July 2008

Kelmarin, Semalam, dan Hari Ini Dalam Sejarah~

Salam..

Tiba2 rasa terpanggil utk menulis di sini wpun sgt sibuk dgn aktiviti seharian. Teringin utk berkongsi pengalaman sy kelmarin, semalam, dan hari ini. Hehe~


Kelmarin

Perbualan ini berlaku di salah sebuah kedai cermin mata di tengah2 bandar n9;

Pakcik: Nak, bapo hargo cormin mato pakcik nk buek ni?
Wanita 20 an: Semua sekali, kami bg pakcik RM 99, lepas diskaun.
Pakcik: Apo??? 18 hari lopeh, pakcik buek cormin mato ni, duo2 cormin, bru RM 100, ari ni pakcik nk buek sobolah jo, ekau mntak RM 100. RM 50 sudah laa..
Wanita 20 an: Bukannya apa pakcik, ‘power’ spek mata pakcik dh naik banyak. Sbb tu kna charge mahal skit. Kalu pakcik x caya, meh tgk sy kira ni haa..(sambil bawak buku dan calculator pd pakcik tu)
Pakcik: Korang jangan nk menipu pakcik, x baik nak oiI, makan duit haram..
Wanita 20 an: Apa pulak ni pakcik, kalu x nk buat sudah la. Kami x rugi apa pn.

Pakcik tersebut terus keluar meninggalkan kedai tersebut tanpa berkata sepatah pn. Sy dan ayah yang duduk berdekatan dgn insiden itu tercengang2 smbil menggaru kepala yang tidak gatal. =D

Semalam

Insiden yang berlaku di kelas 3 Azam, Sek Keb Sungai Petai, Melaka.




Kita mengenal ABC dan 123 hasil titik peluh seorang guru


Seorang guru bru yang masih setahun jagung dlm dunia pendidikan ingin mengajar anak didiknya menyanyi lagu. Justeru, beliau sanggup mengangkut beg laptop dan speaker yg beratnya beberapa kilogram utk naik ke tingkat 3. Keadaan kelas yang hingar bingar seakan2 tidak menyedari kehadiran guru itu.

Teacher X: Ok, hari ni teacher akan ajar nyanyi lagu ‘Bismillah’, tp dengan syarat semua org jangan nakal2 n jangan buat bising.

10 minit berlalu, keadaan tidak berubah. Ada yang berlari2, ada yang bertumbuk di belakang kelas. Seolah2, kehadiran guru ini tidak disedari oleh mereka.

Teacher X: Silent pleaaaaaaaaseeeee!! (Jeritan yang bisa menggegarkan satu skolah). Dengar sini, teacher kt depan ni kamu x hormat, main2 xnk belajar, jangan harap la teacher nk ajar kelas kamu lg.

Setelah menutup laptop dengan ‘ganas’ dan mencampakkan buku dr atas meja guru ke atas lantai, guru itu keluar menuju ke bilik guru dengan perasaan yang amat kecewa dan sedih meskipun masa yang berbaki lebih kurang 30 minit.

Hari ini

Sebaik sahaja guru tersebut sampai seawal jam 730 pagi, terdapat sebentuk cincin dan sekuntum bunga ros di atas mejanya. Terselit nota ‘minta maaf’ daripada murid2 3 Azam dan mereka juga berjanji untuk belajar rajin2 selepas ini.

Guru itu tersenyum puas. Bukannya pujuk rayu yang diharapkan, Tidak terlintas jua untuk mendapat apa2 pemberian dr anak didiknya. Apa yg beliau harapkan adalah supaya pelajar2 yang terkenal dengan kenakalan di sekolah Sungai Petai itu akan menjadi insan yang berilmu dan berguna kpd agama, nusa dan bangsa suatu hari nnti.

Kesimpulan utk ketiga2 kisah di atas, alam pekerjaan ini bukannya semudah dan seindah seperti yang disangka. Pasti akan ada madu dan hempedu dalam setiap apa jua yang kte lakukan. Lebih2 lagi, sekiranya pekerjaan kte berhubung kait dengan manusia. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Namun begitu, tidak mustahil utk kte cuba berusaha memahami jiwa mereka. =D

p/s: Sedang cuba utk belajar ‘Erti hidup pada memberi’.

5 comments:

Anonymous said...

salam
odah!
ble nk jumpa2?
haha
che'[ah balik x agak2?

Tinta Penaku said...

salam.
A'ah ganas jugak teacher tu ye. hukhuk. sape la tu.

erm, manusia mmg byk ragam. tpi ragam cmni la yg mengajar kita erti kehidupan kan. insiden pertama tu berkaitan dgn seorg penjual n pembeli; sy mmg tgh mengalami pengalaman sbgi penjual, penat melayan pelanggan2 yg dtg tk kira masa, 'kedai' nk tutup dh pon diorg dtg lg.

apa2pn kena byk bersabar la dengan kerenah manusia ni. tapi dugaan seorg guru lg hebat kot. jiayou!(work hard)

Ct AdAh said...

amie - w'slm amie!! jom la jmpa, kte free bulan ogos..xsure la plak che pah blk ke x..nnti kte cuba tya dia~

hafiz - w'slm w.b.t..aah la, ganas jugak 'teacher x' tu..siapa la gerangan empunya diri ek..hahaha~ yup, btul pndpt awk tu..apa2 pn yg kte buat mmg ada je cbrn dan dugaannya..lg2 bila berhadapan dgn manusia yg 'rambut sma hitam, hati lain2'..tp skrg ni, rambut dh mcm2 warna..lg la ssh nk expect hatinya mcm mana..hehe~ =D

elfaqiha said...

cikgu yang menutup laptop dengan ganas tu cikgu SITI ke
=P

Ct AdAh said...

hihi..pndai nya kak ika teka..;)