CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 15 July 2008

Suka duka bergelar Teacher Ct @ Saadah~

Salam..

Actually kepala tgh berserabut siapkan exam paper utk ujian bulanan tahun 3 dan 4 di tmpt sy mengajar, Sekolah Kebangsaan Sungai Petai. Kalu nk diikutkan, wkt diorang exam, sy tidak lg bergelar guru di situ. Tetapi memandangkan deadline utk submit exam paper tu dlm bulan ini juga, nk x nk, terpaksa jugak la sy memerah otak dan keringat utk siapkan exam paper tu. Hyperbola btul. Haha..

Sedar x sedar, lg setengah bulan je berbaki utk sy menjadi guru. Bergelar guru Bahasa Inggeris tidak lah seteruk seperti apa yg sy bayangkan pada mulanya. Sbnrnya jauh di sudut hati, sy teringin sangat untuk mengajar subjek kegemaran sy sejak dari TADIKA lagi, iaitu MATEMATIK. Hehe..Tp, nampaknya bukan rezki sy di situ.

Lama kelamaan, sy rasa seronok pula dipanggil ‘teacher’ dan bukannya cikgu. Pada awlnya selalu juga tersasul2 membahasakan diri cikgu. Alah bisa, tegal biasa. Kini, tiada lagi rasa kekok menyebut perkataan teacher. Kadang2, mereka pn bole tersasul memanggil sy ustazah. Ustazah? Hehe..Seronok jugak menjadi teacher dlm masa yg sma mnjadi ustazah. =D

Hari2 yang dilalui sepanjang cuti kali ni dirasakan lebih bermakna. Benarlah seperti kata pujangga, ‘Masa lapang itu merupakan kelalaian seorang da’ie’. Jika dibandingkan cuti2 panjang sebelum ini, masa sy lebih banyak dihabiskan di atas katil, depan tv dan juga di atas meja makan. Haha..Kali ini, seawal pagi lagi sy sudah keluar rumah untuk mencari sesuap rezeki. Sepanjang usia sy selama 22 thn, ini lah kami pertama sy memasuki alam pekerjaan meskipun hanya sebagai guru sandaran. Itu sudah cukup bermakna dan memberi kenangan yang cukup manis dlm hidup sy.

Pada awalnya, terasa kekok utk bergaul dengan guru-guru senior merangkap rakan sekerja. Bukannya apa, berat pula lidah ini utk memanggil cikgu2 yang seusia umi dengan panggilan ‘akak’. Awal2 lg ayah berpesan pd sy supaya tidak memanggil mereka dengan gelaran 'makcik'. Lain pula situasinya bila dh bekerja sebumbung, makan seatap, duduk sebilik (bilik guru)..Haha~

Yang lebih menarik, mereka pula memanggil sy dgn panggilan doctor. Kadang2 mereka tanpa segan silu mengadu sakit pening dan meminta pendapat sy dalam bab2 kesihatan. Pernah ada guru yang mengadu rasa ngantuk swkt aktiviti kokurikulum. Nasihat sy,
-"Cikgu minum la kopi..caffein ni bole kurangkan rasa mengantuk kita". Tanpa berfikir panjang, cikgu tersebut terus memesan secawan kopi tongkat ali dari makcik kantin. =)

Murid2 sekolah pula lain kerenahnya. Budak2 zaman skarang ni, bukannya mcm zaman kte dulu2. Nampak cikgu dari jauh, awal2 dah nyorok belakang tembok. Apatah lagi nk bergurau senda atau main2 depan cikgu. Tp situasi skrg jauh berbeza. Kadang2 bila kesabaran dh x dpt dikawal, terlayang juga satu dua cubitan di badan diorang. Hehe~

Garang2 Teacher Saadah ni, kadang2 x thn jugak dgn lawak2 diorang. Pernah terjadi sewaktu sy sedang khusyuk mengajar, tiba2 seorang murid datang ke arah papan hitam dan melukis sesuatu. Tiba2 riuh satu kelas dengan gelak tawa. Rupa2nya pelajar tadi melukis ayam goreng gara2 kelaparan memandangkan waktu rehat lg 5 minit. Hehe~ Macam2 ada..(baca dgn nada pakcik kt channel Astro Ria).





Amboi, tebalnya spek mata die..monyet pn nk belajar, kalu manusia malas nk bljr, tatau la nk ckp apa dh~ Haha..


Namun begitu, pengalaman menjadi guru ini tidak dinafikan mengundang semula memori2 lama bergelar pelajar sekolah rendah suatu ketika dahulu. Kenangan2 manis bersama rakan2, gelak tawa, tangisan x berlagu apabila dibuli rakan2 yang lebih besar saiznya (diorang perasan besar sbnrnya..Haha~) tersimpan kukuh dalam memori sy. Semua itu x dpt diulang semula. Memetik sepotong ayat yg femes lg mahsyur, ‘Yesterday is the past, tomorrow is the future~’

Sambutlah salam didik penuh mesra dr sy~ =D

6 comments:

Anonymous said...

weh odah, cikgu yg minum tongkat ali tu laki ke pompuan..kang lain lak jdnye..huahuahua

Ct AdAh said...

wahaha~ ckgu laki la..kalu ckgu prmpuan, msti dia order air kacip fatimah~ =D

|| intan || said...

memetik kata2 dari kartun kungfu panda yg comel ~

yesterday is the past, tomorrow is the future, today is a gift, thats why its called the present..

slmt bekerja

Purpleheart said...

Kiranya adah jadi cikgu dan doktor pada satu masa lah ya, bukan senang nak dapat tuu..

Tinta Penaku said...

Salam.
Fuh! kisah hidup akak sbgi ckgu ni bessst sgt owkayyy. haha~ paling sy suka part ckgu2 lain tnya akak psl penyakit/rawatan. klau mcm tu kan, tak payah buat praktikal kt hosptl pn tkper, dh blh praktik kt sek. akak terang je semua2 tu, physio, anat, pharma. haks~

Ct AdAh said...

intan - hehe..sy perasan kata2 tu wkt tgk cte kungfu panda dgn budak2 darjah 3..best kn..=D

p/s: lebih sesuai ucapan selamat bersara kot..haha~

kak su - rindunya kat akak ku yg sorang ni..hehe..yup, best jugak dpt gelaran tu..2 in 1..mcm kopi la plak..haha~

hafiz - w'slm w.b.t..yup, ckgu2 tu sume berminat nk tau psl bidang perubatan n kedoktoran ni..diorang tya psl cadaver la, disease la, ubat2an laa..mmg rasa mcm practical kt hosp laa nmpaknya..haha~