Salam ‘alaik..
"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa,
Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
Semoga kita jumpa lagi di lain masa.."
[Ingat2 lupa lirik ni sbnrnya, mohon maaf andai tersalah lirik..haha]
Teringat pula bait2 lagu kegemaran sy sewaktu di sekolah rendah dahulu. Pernah membuat persembahan memainkan melodi lagu ini menggunakan rekorder sewaktu 'Majlis Penyampaian Hadiah Akhir Tahun' lebih kurang 10 tahun yang lalu. =D
Catatan ini ditulis setelah sehari puas berehat di rumah. Lebih kurang 24 jam selepas detik2 terakhir menamatkan profesion sbg seorang guru dengan menggunakan gelaran ‘Teacher Saadah’.
Pejam celik, sekejap je masa berlalu dan genap sebulan stgh sy mengajar di Sekolah Sungai Petai, Alor Gajah Melaka. Rasanya seperti baru semalam sy melangkah perlahan menuju ke pejabat sekolah, ditemani ayah utk melapor diri. Dan masih teringat lg sy merungut2 sendirian krn terpaksa mengajar Bahasa Inggeris. Kini, semua itu hanya tinggal sbg kenangan manis yang sukar dilupakan seumur hidup sy.
Sy berjaga semalaman bertungkus lumus menyiapkan bookmark yg tertulis kata2 smgt sbg kenang2an apabila sy tidak lg bergelar guru mereka. Selain itu, setiap seorang drpd murid2 sy yang berjumlah 125 org itu juga diberikan sekeping coklat wafer memandangkan fitrah kanak2 yang pasti suka apabila mndapat makanan. Hehe..
“Pesanan terakhir teacher, teacher nk sume org berjanji utk belajar rajin2, ok?”
Rasa sebak sewaktu mengungkapkan kata2 itu apabila melangkah keluar dari kelas 3 Arif. Sy pasti merindui wajah2 mulus mereka selepas ini. Tidak dinafikan perasaan syg yang timbul mskipun berkesempatan mengajar mereka lebih kurang sebulan stgh. Tambahan pula, mereka semua seusia dengan anak buah sy sndiri, Muhammad Rafieuddin.
Sewaktu tamat wktu persekolahan, tiba2 sy diserbu di tangga menuju ke bilik guru. Mereka semua ingin bersalaman dan ada yang berkata, “Saya tak kan benarkan teacher pindah sekolah”. Adeh, hati guru mana yang tak terharu pabila kata2 itu diungkapkan oleh kanak2 yang tidak pandai berbohong. Kata2 itu pastinya lahir dari hati mereka yang tulus dan suci.
“Cikgu juga perlu berjuang seperti kalian menuntut ilmu, Smga anak2 murid cikgu juga akan berjaya suatu hari nanti”.
Itulah kata2 yang tersemat jauh di sudut hati sy. Tidak terluah dengan kata2. Sy hanya berlagak macho dan cool sewaktu detik2 terakhir anak2 murid sy berpusu2 menyalami sy. Tidak mahu air mata menjadi saksi perpisahan kami.
Lumrah alam, setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Jangan ditangisi sebuah perpisahan krn pastinya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik tu. Hargai setiap org yang berada di sekeliling kte krn kita xtau saat bilakah mereka akan meninggalkan kte atau sebaliknya. Seorang sahabat pernah berkata, ‘Bulan Julai ini adalah bulan perpisahan’..Hehe..sy pun kurang pasti sejauh mana kesahihan ayat tersebut. =D
Terima kasih pada guru2 di Sekolah Sungai Petai atas layanan mesra dan bantuan kalian. Tidak dilupakan juga pd guru sandaran matematik, Anum kerana sudi menjadi teman baik sy spjg tempoh sy di situ. Pada anak2 murid teacher yang disayangi, terima kasih krn menceriakan hari2 teacher spjg menjadi pendidik kalian.
Salam rindu penuh kasih mesra~
p/s: Kebosanan menjadi penganggur semula~
Haih
7 months ago
7 comments:
bestnye bleh ngajar budak2. mantap betul teacher ni, semua students taknak dia pindah. lepas ni terpaksa berutus kad raya ler dengan anak-anak murid.
p/s: yg kat blackboard tu tulisan teacher adah ek.
Hello, from the other Dundrum...what is your lenguage?????
All the best
rais - hehe..dh lama pak ngah rais x drop comment kt sini..=D yup, mmg seronok ngajar budak2 ni..wpun penat n byk cabarannya..bila dh abis ni, rasa rindu lak kt diorang..insya-Allah bulan puasa ni, terpaksa la beli kad raya siap2 sblum blk dublin..
p/s: yup, that's my handwriting..sesi bergambar lps diorang wat exercise..=D
huarinna - hello..yup, i'm studying in dublin n stay at dundrum..i'm using malay language in my blog..all d best 2 u 2! =)
blum 25 thn dah bersara..
hahaha!
intan - haha..dpt gak merasa perasaan org pencen di usia muda..kah3x~
salam adah...:)
gambar adah pakai tudung biru tu membuatkan kita tercari2 adah...igtkan pengawas, rupa2nya, teacher adah!!!;)
-cik yah-
w'slm w.b.t..
haha..apekah! xpe laa..kt skolah rendah dulu x merasa jd pengawas..dh tua2 ni bila gi skolah rendah, org ingat ketua pengawas, rasa diri muda kmbali..hihi~
Post a Comment