CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 15 May 2010

Hari Istimewa buat ayah~

BismiLLahirrahmanirrahim…




~150510~




Nampaknya buat kesekian kalinya, sy tidak dapat pulang meraikan hari kelahiran ayah yang ke-__ (Sila isi tempat kosong.=P)

Seperti tahun2 sebelumnya, sy cuma berkesempatan mengirimkan kad ucapan dari jauh sebagai tanda ingatan yang sy tidak pernah melupakan hari istimewa ini.




Tarikh itu terlalu istimewa, kerana itulah hari di mana lahirnya insan yang kini bergelar ayah kepada sy dan adik beradik yang lain, serta atuk kepada 3 orang cucu. Seorang insan yang terlalu banyak menabur budi dalam membesarkan dan mendidik kami semua.

Jika dikenang semula zaman kecil2 dahulu, sy pasti tidak lupa dengan ‘ubat nyamuk’ yang akan ayah nyalakan dan diletakkan di setiap bilik sebelum masuk tidur. Jika tidak, pasti kami akan tidur sahaja dan bangun dengan bekas2 gigitan nyamuk pada esok paginya.

Ayah juga tidak pernah ‘missed’ menghadiri sebarang majlis penyampaian hadiah sy di sekolah. Walaupun keputusan UPSR sy mengecewakan ayah (4A1B), ayah tetap menghadiri majlis penyampaian wang saguhati dari pihak sekolah. Sy tahu ayah bersedih, tp ayah tetap mahu meluangkan masa menemani sy ke sekolah.Alhamdulillah, keputusan PMR dan SPM mampu mengubat kekecewaan ayah selepas itu.

Ayah bukanlah seorang yang mudah melahirkan perasaan sayang dan kasih nya pada anak2. Meskipun tidak diluahkan dengan kata-kata manis, namun sy tahu ayah menyayangi kami adik beradik melalui tindakannya. Yang paling menyentuh hati sy, sekiranya sy terlalu pokai dek kerana boros, ayah pasti akan mengirimkan duit walaupun sy tahu duit pencennya tidaklah sebanyak mana.

Jd, kesimpulan untuk entry ini yang ditujukan khas buat Ayahanda Hj Md Sarip bin Ahmad, terima kasih kerana membesarkan anakanda dengan penat lelah dan pengorbanan yang pasti tidak ternilai dengan wang ringgit, harta, mahupun seluruh isi bumi. Hanya doa dan ingatan penuh rindu yang mampu dikirim dari kejauhan.

Wassalam~

2 comments:

Fez said...

Pakcik memang cool~~ seronok dibawa borak. hehe

Ct AdAh said...

haha..pakcik mohtar n ur mum (alamak, lupa nama! =p) pn cool jugak..anak2 pn seronok tmpang borak sma kn..=))