CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 19 May 2010

Mata sang helang...

Alhamdulillah…

PAEDS dah sampai ke penghujungnya. Secara keseluruhannya, saya enjoy dgn PAEDS, dgn kanak2, dengan baby2 yang kelihatan suci lahiriah dan batiniah (hyperbola lg..=P)

Selain skill examination yg bertambah ‘sedikit’ sepanjang rotation PAEDS ni, apa yg paling ketara, sy tidak lagi takut untuk memegang baby. Jika dahulu, tangan pasti akan tiba2 menjadi ‘spastik’ dan ‘excessive tremor’ ketika disuruh untuk memegang baby. Hm, satu pencapaian yang baik. Mungkin…=)

Apa yang paling ketara sewaktu berada di wad atau klinik PAEDS, sy sangat terharu dengan pengorbanan ibu bapa apabila anak mereka sakit. Yang paling menyentuh hati, jika anak tersebut didiagnos dengan penyakit2 yang kurang baik prognosisnya, hati mereka tetap bersabar.

Sy pernah terlihat ketabahan hati seorang ayah yang mendokong anak lelaki beliau (5 tahun) yang menghidap Beta Thalassemia Major sewaktu tranfusi darah (pelik nya ayat terjemahan ni). Si ayah mengusap2 tangan, memeluk dan memberi kata2 semangat sewaktu nurse sedang menyediakan peralatan2 seperti branula, sepaket darah, dll. Sangat jelas kelembutan si ayah ini di sebalik ketegasan dan ego seorang lelaki.

Sy teringin untuk mendalami hati ibu bapa yang mempunyai anak2 yang kurang sempurna dr segi fizikal, tidak seperti kanak2 lain yang aktif berlari ke sana sini, tanpa apa2 masalah kesihatan. Kadang2 sy tidak mampu untuk membayangkan jika diri sy yang diletakkan di situasi mereka. Setiap manusia tentunya inginkan kesempurnaan meskipun kesempurnaan yang mutlak itu hanya milik Dia.

Ok la, sy tidak boleh berlama2 di sini. Buku PAEDS sedang meronta2 minta dihadam. Doakan sy dan rakan2 yang akan exam End Of Block PAEDS (Short case) hari jumaat ini. Tambahan pula, sy adalah candidate utk sesi terawal. Adush! Semoga dikurniakan mata sang helang untuk melihat semua sign pada patient sy. Harap2 juga sy tidak akan membuatkan mereka menangis. Sedang berusaha untuk menjadi ‘auntie doctor’ yang baik hati.




Wassalam~

0 comments: