CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 6 February 2011

Main kawin2..=P

BismiLLahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah dah kembali semula ke bumi Penang terchenta setelah bercuti palinggggg pjg buat kali terakhir sebagai seorang pelajar. Debaran final exam makin terasa tp entah kenapa momentum nya asyik datang dan pergi..adeh!!

Cuti seminggu ni berebut2 orang (baca: rebut tarikh) utk melangsungkan perkahwinan mahupun pertunangan sama ada secara terang dan nyata atau pun sembunyi2. Walaupun sembunyi2, akhirnya terbocor juga dek kerana suka sangat terlibat dengan aktiviti2 gosip. Hehe~

Justeru, tahniah dan sekalung doa kukirimkan khas buat sahabat baik, Nur Faezza Mohd Mohtar yg kini telah sah menjadi isteri kpd Ikraq Zhafirin. Jaga puan besar ni elok2 naa..Walaupun agak terkilan x dpt jumpa pasangan pengantin ni walaupun hadir ke kenduri nya yg terletak jauh di KKB, tgk wajah bahagia beliau pun sudah cukup membuat hati ini juga menumpang bahagia. Cpt2 dapat 'faeza or ikraq d 2nd ye'. Hihi~



Buat sahabat baik yg bertunang pula, tahniah cik Shahidatul Munirah. Sama pulak warna tema kte yer. Tapi of course la baju you lagi cantik n meletoppp2..Kih2x~ Smga cpt2 naik pelamin..Ameen~

Tahniah juga buat Farah Diana dan pasangan, Kamal Arif dan Afdhalila, Kak yuyul dan pasangan. Xcukup kot kalu nk buat list sume kt sini.

Diri sendiri bila lg yer? Hehe~ Nantikan kad wangi dr cik Siti yg mmg suka berteka teki ni yer. Hari tu dah ronda2 satu Jalan Tar. Misi pemburuan kain lace utk dibuat baju nikah. Dan akhirnya dua org lace hunter (Me n adik) sangat berpuas hati dgn pencarian kami walaupun kaki melecet setelah pulang dr situ. Ngee~



Bila ckp bab kawin, muka yg ngantuk pn jadi segar. Ye dok? Haha~ Ok la, I''ve to go. Nak kawin, kna la lulus exam dulu. Daaaa..

Salam bulan Februari..=)

Wednesday, 19 January 2011

Hidden agenda (pre gp exam syndrome)

Cakkkkkkkkkkkk!



Kalau budak2 suka main nyorok2, jangan terkejut yang orang besar lagi suka main nyorok!

Being a GP (baca: general practitioner), u don’t treat ur patient as wut u see just on d top of the iceberg. There might be a hidden agenda that u shouldn’t missed.

..................................

*speechless* (@_@)

Dh lama x menulis, bila rasa nk menulis, xtau apa yg patut ditulis. Jd sebelum tulisan nya jd tulisan yg sia2, lebih baik sy berhenti menulis sekarang. *full stop*

Ari ni minda dan fizikal sy terlalu penat di’torture’. Minda yg kering selepas lecture Dr. H, dan badan yg lembik x bermaya selepas mengangkut printer 2.0 kg turun naik lif kt Perangin Mall selepas berjalan kaki dr tempat parking kereta komtar untuk memasang external ink.

Salam bercuti utk negeri2 yg bercuti esk. Daaaa~

p/s: Am I having any hidden agenda behind this post?=P

Saturday, 15 January 2011

A fresh comeback? =)

BismiLLahirrahmanirrahim…
Alhmdulillah, pejam celik 2010 sudah hampir 2 minggu lebih melabuhkan tirainya..dan kini kita semua berada dalam tahun 2011. Tentunya, pasti berjela2 list ‘azam tahun baru’ yang dh dibuat untuk tahun ni. Ish, ketinggalan zaman betul la cik siti ni. Dah berminggu2 meninggalkan 1 jan, masih lg nk cerita pasal azam tahun baru. =P

Sebenarnya tuan punya blog ni x menghilang ke mana2 pun. Sekadar pergi bertapa kat Gunung Kinabalu mencari pencahayaan baru. Poyo je kan? Hehe~ Iman pun ada pasang surutnya, apatah lg semangat dan keazaman untuk berblog. Kadang2 terasa macam membuang masa ‘membebel’ sorang2 kat sini, rasa mcm tulis ‘sampah’, feel so ‘useless’, n wutever. Kesimpulannya, semangat cik siti yang dibawa terbang dek ribut la nina beberapa bulan lalu dan kembali semua. Cewah!

Ok, 2011!! Hmmmm…(Mendongak dagu sambil merenung siling bilik yang berabuk)

Finally, I’ve been entered this year. Alhamdulillah. Almaklumlah, selama ni Cuma menyebut2 sahaja angka ‘2011’ dan terasa seperti jauh sahaja. Tp sekarang segalanya sudah menjadi sangat dekat. Justeru, sebagai salah seorang pelajar PMC Class 2011, tahun ini adalah tahun akhir utk kami bergelar ‘medical student’. Gelaran yang sudah disandang selama 4 tahun lebih ini dirasakan seperti sudah sangat lapuk, berkulat, dan yang sewaktu dengannya.

Cik Siti! Can u please stop talking nonsense? =P

Disebabkan dah lama sangat nk menulis, jd idea kt kepala ni bercampur baur. Kejap nk tulis ni, kejap nk tulis tu..Haish~

Let me talk about my life recently. Sekarang ni sedang berjinak2 dengan dunia GP. Grand prix ke? Ngeeee…Bukan2..GP = General practice atau kadang2 dikenali juga sebagai Family Medicine. Doktor2 yang kte jmpa kt klinik tu, diorang dipanggil GP. Kalu up skit lepas amik master in family medicine, they are called family medicine specialist.

Honestly, walaupun rotation ini agak ringan berbanding kwn2 lain yg tengah buat medicine atau surgery..tp bahang final year yang menyegat2 menyucuk hingga ke tulang sumsum, x terasa pn rotation ni ringan. Bayangkan la, lepas je balik dr kelas hari kedua (bru minggu pertama), sy menangis teresak2 sbb terasa mcm nk quit medicine. How stressful I am..Haish~

Ingatkan hujan smpai banjir, rupanya2 sang matahari keluar jugak member pencahayaan agung untuk cik Siti. Hehe~ On the 4th day, I followed Dr. T’s clinic in Bayan Baru KK. Unexpectedly, It was really great! Pertama kali handle consultation untuk patient sebenar. Menulis prescription (list ubat) untuk patient, bagi nasihat n bla bla bla..




To conclude everything in a nutshell, communication dalam GP ni sangat penting. Setiap perkataan yang keluar daripada mulut seorang doctor, tidak akan dipandang enteng atau remeh oleh pesakit. Cara berkomunikasi juga berbeza2 mengikut kesesuaian umur.

“Adik, bole x tutup laptop tu. Sudah2 la main game tu. Nanti laptop tu rosak mcm mana. Dah main dr pagi”, bebelan yang terpaksa diulang berkali2 dek kerana bagai mencurahkan air ke atas daun keladi.

Bila mengadu dekat ibunya. Respon yang tak disangka.

“Laaa..patut la dia x dengar. Budak kecik mana faham bila kte cakap ‘rosak’. Cuba kata mcm ni, ‘adik, tutup laptop tu, dh lama sangat bukak, panas sangat, nanti terbakar.”

Walaupun agak hyperbola, tanpa disangka2 juga, adik terus menekan butang shut down dan menyimpan kemas laptop tersebut. Hmm…Something to ponder about different communication skills in different age groups, right?

Oklah, Cik Siti nk berundur mengadap buku2 GP yg bersepah2 atas meja, katil dan lantai ni. Hehe~

Salam tahun baru 2011.

Wednesday, 10 November 2010

Kasih tanpa syarat~

Aku senyum padanya,
Tapi…
Dia balas dengan renungan mata yg kosong.

Aku bercakap-cakap dengannya,
Tapi…
Dia hanya membalas sepatah perkataan sahaja.

Aku tergelak besar melihat perilakunya,
Tapi…
Dia buat endah tidak endah sahaja.


Baru aku faham erti kasih tanpa syarat, meskipun dia tidak membalas senyumanku, berbual-bual mesra denganku, dan juga memberi reaksi yang sewajarnya padaku…

Aku tahu hatinya sangat dekat denganku…

Dan aku amat menyayangi dirinya TANPA SYARAT!

Meow3x~






‘TOKIN’ jaga diri elok2 yer…We all love u!

p/s: Tokin, nama yang diambil dek kerana kaki dan tangan kucing ini yang seakan2 memakai stoking coklat gelap adalah ‘baby meow’ yang berusia sekitar 2-3 bulan, hadiah buat Kak ina sekeluarga yang baru kehilangan Torn. Semoga kucing ni panjang usianya. Ameen!

Friday, 5 November 2010

Post exam~

BismiLLahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah..alhamdulillah..wasykuruliLLah..akhirnya bebanan exam POPPH yang ditanggung sejak sebulan lebih yang lalu (3 minggu study break + 2 minggu exam hampir setiap hari) berakhir jua dengan keputusan yang membolehkan diri ini melangkah ke semester akhir pada tahun hadapan.

Xtau macam mana untuk gmbarkan betapa cuaknya perasaan ini ketika menge’check’ result on9 hari Isnin lepas. Pasrah sepasrah2nya pada ketentuanNya dengan apa jua result yg bakal aku perolehi. Menurut hati yang berbolak balik sejak paper terakhir (Clinical O&G), aku rasa macam ‘fail’ semua subjek. Tiada keyakinan langsung. Jika ada khabar angin yang mengatakan jumlah pelajar yang fail adalah 5 org, maka aku merasakan tentu aku salah seorang daripadanya..

Namun, apa yg mengejutkan aku LULUS semua subjek dan ada juga keputusan yang tidak disangka-sangka. Memang hampir menangis dan seakan-akan tidak percaya sewaktu menatap monitor notebook ku ketika itu. Terasa mcm terlepas satu bebanan berat setelah melalui pelbagai rintangan, pengalaman, dan cabaran sepanjang tahun ini. Aku berjaya menamatkan POPPH dengan jayanya dan mulai saat ini, dengan rasminya aku bergelar PELAJAR PERUBATAN TAHUN AKHIR. Semoga perjalanan selepas ini lebih dipermudahkan. Insya-Allah..

Insya-Allah aim kami semua, pelajar PMC class 2011 adalah untuk graduasi bersama2 pada 19 JUN 2011. Semoga tarikh ini benar2 menjadi kenyataan buat kita semua. Tarikh tamatnya penat lelah selama 7 tahun ini. Sebetulnya, bukan penamat, tetapi permulaan kepada sebuah penamat. Haih, nape ayat tersebut menjadi serabut apabila diterjemahkan. Ngeee~ [baca: Beginning of the end]




Tarikh graduasi PMC Class 2011 -> 19 JUN 2011~



Oklah, sebelum mengakhiri post kali ini, seperti tahun2 sebelumnya (Hehe~), Selamat Hari Lahir untuk seseorang yang pada tika ini berada sangat jauh..sangat2 jauh..(mcm beribu batu nautika je..Hehe~). Semoga pertambahan usiamu diberkati olehNya. Ameen~



~051110~



Wassalam~

Monday, 25 October 2010

Post paeds exam~



Jika kamu berasa letih dan lelah,
Pandanglah ke langit dan tersenyum.
Kerana di sana
Bulan dan bintang turut tersenyum padamu.

Keindahan malam itu tidak pernah sirna
Dengan kerlipan bintang dan cahaya rembulan
Tetap menjadi pujaan
Para pemuja alam cakerawala

Namun, sudah menjadi lumrah
Tiada yang kekal mutlak sampai akhirnya
Saatnya kegelapan malam
Melabuhkan tirai
Senyuman suria pula menyusul tiba

Aku,
Insan lemah yang hanya menjadi saksi
Di tepi tirai jendela
Dalam diam mengagumi
Percaturan yang penuh sinkroni ini

Aku jadi pasrah
Pada percaturan Nya
Kerana di situ letaknya jiwa hamba
Dalam mengimani kebesaran penciptaNya.

Justeru,
Teruslah tersenyum
Duhai hati yang sedang rawan.

-Cik Siti, 1001pm, 251010, Menara Kuda Lari-

Saturday, 23 October 2010

Mari berpantun~ =P



”..Kalau padi katakan padi,

Tidak hamba tertampi-tampi,

Kalau benci katakan benci,

Tidak hamba ternanti-nanti..”


p/s: Bukan padi lumrahnya harus ditampi ke? haha~ (@_@)