BismiLLahirrahmanirrahim..
Tiba2 terasa nk bercerita tentang PMC di ptg yg damai dan amat menenangkan ni sblum mata sy terpejam dan lena terbaring di atas katil yg empuk. Hehe~
“Apa perkara yg paling disukai di PMC?”
Seperti biasa, usrah mahupun halaqah akan disertai dengan soklan2 yg ‘menyengat’ sewaktu sesi taaruf.
“Alaa..xde benda yg disukai. Semua benda kt Penang ni x best”
Luah salah seorang drpd ahli usrah. Jujurnya, sy juga turut mempunyai perasaan yg sma. Tiada apa yg menarik di PMC melainkan rutin seharian yg memenatkan. Keluar seawal jam 7 pagi dan pulang ke rumah sekitar jam 5 petang. Jika difikirkan semula, apa sangatlah yg hendak dirungutkan, x jauh beza pn dengan ‘office hour’ utk org2 yg bekerja.
Mungkin sy masih terbawa2 dengan suasana yg begitu ‘enjoy & relax’ sewaktu di Dublin dahulu. Tapi apakan daya, setahu sy pelajar perubatan walau di mana sahaja mereka berada, sebaik sahaja melangkah ke ‘tahun klinikal’, bole diibaratkan pertukaran 360 darjah. Masih terngiang2 suara Prof Amir (Dean of Medicine in PMC) sewaktu minggu orientasi pd pertengahan Mac yg lalu,
“Please make full use of whatever in Penang, especially in PMC to be a good doctor for the next 2 and half years.”
Ok la, sepatutnya sy bersyukur krn sekurang2nya sy berpeluang untuk menjalani ‘tahun klinikal’ di Malaysia. Setiap hari, sy berhadapan dengan saudara seagama, sebangsa, dan senegara. Kadangkala, hati ini sebak melihat anak2 muda yang seusia sy terlantar di atas katil akibat pengambilan dadah dan menghidap penyakit HIV. Ada juga pesakit beragama Islam yg telah lama berjinak2 dengan pengambilan arak sehingga terpaksa dimasukkan ke wad kerana kerosakan hati.
Sy cuba utk berlagak biasa sewaktu ‘history taking’ atas dasar professionalism. Namun jauh di sudut hati, perasaan sedih ini tidak dpt disembunyikan. Hanya nasihat dan doa yg mampu dilafazkan, semoga kesilapan yg mereka lakukan pada hari ini tidak akan berterusan sehingga generasi seterusnya.
Akhirul kalam, buat bakal2 doktor sekalian, sma2 la perbetulkan niat kte berada dlm bidang ini. Mungkin ada hikmahnya kte terpilih satu dalam seribu utk bersusah2 dan berpenat lelah setiap hari. Semoga setiap tugas seharian kte mendapat pahala jihad di atas jalannya. Jihad itu luas konteksnya dan Allah tahu apa yg terbaik untuk hambaNya.
Sekadar luahan rasa dan rintihan hati seorang ‘pencari semangat yang hilang’.
Wassalam~
Friday night
11 hours ago
6 comments:
salam adah
eh byk jugak ke kes2 liver failure di sna..
igtkan kat ireland jer yang byk..huhu
salam dr dublin
w'slm raihan..=)
sbnrnya xde la byk sgt kes 'liver failure' kt sini kalu nk cmpare ngan western country..
cumanya, bila soklan 'penah minum x sblum ni?' ditujukan pd saudara seagama dan jwpnnya 'ya' beserta anggukan..
tiba2 terasa tusukan tajam di hulu hati..i dont know, is it professional enough to have that kind of feeling?
salam rindu dr penang utk org2 dublin..=)
ape ni odah..x main ar study2 ni..kekeke (ayat2 org yg menganggur xde keje nak buat)
huahua..ni mood org blum cuti lg ok..msti la cte psl study..tggu la time aku tnm anggur nnti..cnfirm cte psl cuti2 msia..=D
hrmm..nothing interesting in PMC@Penang? Just take more time to enjoy it. So far, i feel more thankful of being PMCian and living in Penang.Why? u might found it after a year..insya'Allah. Pray and Work Hard..We are medical students! hehe....
hehe..thanks kak nunee for dropping ur comment here..agaknya sy n kwn2 msih 'dublin-sick' kot..tu yg xdpt nk enjoy apa yg ada di penang dan pmc..insya-Allah pasni akan cuba explore sebanyak mungkin bnda2 yg interesting kt sini..=D
Post a Comment